Sunday, October 17, 2010

Sejarah Penubuhan KPA SEMI


Penubuhan Kadet Pertahanan Awam SEMI bermula apabila seorang anggota JPA Cawangan Kota Kinabalu yang membantu mengendalikan Perkhemahan Tahunan Unit-unit Beruniform pada tahun 2009 di Karambunai Lagun telah mencadangkan supaya ditubuhkan Kadet Pertahanan Awam di SMK Inanam.Ekoran daripada itu pada tahun 2010 pihak pengurusan kokurikulum sekolah telah memberi mandat kepada 5 orang guru  yang terdiri daripada En.Mohd Daud Sari (Ketua) dibantu oleh En.Alifuddin Yousof,Pn.Susanna Peter,Pn.Riduanah Osman dan En. Wan Fahmie Abdilah Wan Hussin selaku guru penasihat.Sebagai permulaan 1 Palatun telah dipilih daripada pelajar tingakat satu iaitu terdiri dari 43 orang pelajar.Bagi membolehkan ahli KPA mengikuti pelbagai aktiviti di peringkat kebangsaan,usaha sedang dibuat untuk mendaftarkan unit ini di peringkat Jabatan Pertahanan Awam Negeri.Akhirnya pada bulan September 2010 keahlian KPA SEMI telah diterima dengan rasminya dan disahkan penubuhannya oleh pihak JPA.

Aktiviti tahunan yang telah dilaksanakan

1.      Mesyuarat pembentukan AJK
2.       Pendaftaran Penubuhan Persatuan KPA
3.       Kursus Asas Memasak
4.       Kursus Asas Mendirikan Khemah
5.       Kursus Asas Ikatan
6.       Kursus Asas Membaca peta
7.       Latihan Kawat kaki
8.       Kursus pertolongan Cemas
9.       Penyertaan Pertandingan perbarisan semasa MSS 2010
10.    Penyertaan perkhemahan Unit Beruniform 2010.
11.    Lawatan Sambil Belajar ke Armada Kapal Selam TLDM Teluk Sepanggar.

No comments:

Post a Comment